BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
2 sudu kecil esen vanilla
3 telur gred A
2 ½ cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu
Krim Keju Strawberry:
200 gm krim keju
3 sudu besar jem strawberi
Sedikit pewarna merah
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila dengan menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang dan ringan.
- Kemudian, masukkan telur satu persatu dan separuh dari tepung. Kacau sehingga adunan sebati.
- Selepas itu, masukkan separuh lagi tepung dan kacau sebentar. Masukkan susu dan kacau lagi. Seterusnya ulangi langkah sehingga adunan sebati.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya dan masukkan adunan tadi.
- Bakar selama sejam atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dua.
Krim Keju Strawberri
- Putar krim keju sehingga sedikit kembang dan masukkan jem strawberri dan pewarna merah. Kacau hingga rata.
- Kemudian hiaskan di atas kek mengikut citarasa anda.