BAHAN-BAHAN :
Ikan Kod 180 gram
Sos Jintan Hitam (Hidangan 10 orang)
Jintan hitam 200 gram
Bawang 80 gram
Kentang 100 gram
Parsli 10 gram
Air 200 ml
Minyak masak 20 ml
Chutni Cendawan Tomato *
Cendawan Shitake 200 gram
Cendawan butang 200 gram
Kayu manis 1cm
Gula 50 gram
Daun Bay 1 keping
Taim 1 gram
Bunga Lawang 2 keping
Tomato ceri 60 gram
CARA-CARA :
Sos Jintan Hitam
Panaskan minyak dan masukkan jintan hitam dan bawang. Kemudian masukkan kentang dan air. Biarkan mendidih.
Didihkan kentang sehingga lembut dan kemudian masukkan daun parsli dan kacau sebati.
Chutni Cendawan Tomato
Karamelkan gula dan kemudian masukkan semua bahan-bahan yang bertanda *. Gaul rata.
Ikan Kod
Perasakan ikan kod dengan garam dan lada hitan dan goreng sehingga kuning keemasan.
Masukkan di dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
Hidangkan ikan kod bersama sos jintan hitam dan chutni cendawan tomato