AYAM PONG TAY

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

3 sudu besar minyak

Garam secukup rasa

2 sudu besar taucu

5 batang cendawan cina kering-rendam hingga lembut

500 ml air

1 sudu kecil kicap pekat

3 biji ubi kentang – kupas dan belah empat

 

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Potong ayam dan perapkan dengan garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar.
  3. Masukkan taucu dan goreng di atas api yang kecil sehingga wangi.
  4. Masukkan cendawan, kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika.
  5. Campurkan air dan kicap pekat, didihkan. Kecilkan api dan reneh kan selama 15 minit.
  6. Kemudian masukkan ubi kentang, reneh kan lagi selama 15 minit ataupun sehingga daging empuk dan kuah pekat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan