KARI IKAN INDIA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm ikan tenggiri

4 sudu besar rempah kari ikan – bancuh dengan air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

1 sudu kecil biji sawi

Air asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar – hiris bulat

2 tangkai daun kari

1 biji kelapa – perah

2 biji terung

1 biji tomato

2 tangkai cili merah

 

BAHAN KISAR:

15 tangkai cili kering

5 ulas bawang merah

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan bawang besar dan daun kari dan goreng lagi hingga agak garing. Kemudian masukkan baki asam jawa dan santan cair.
  4. Apabila mendidih, masukkan terung. Renehkan sehingga terung empuk.
  5. Tuangkan santan pekat. Apabila mendidih masukkan ikan, garam dan tomato. Reneh kan sehingga ikan masak.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan