BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar berperisa coklat
500 ml air
100 gm gula
30 gm gula perang
15 gm serbuk koko (larutkan dengan sedikit air)
20 gm agar-agar kering
Buah pic cincang (dalam tin) secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan air, serbuk agar-agar, gula dan gula perang. Didihkan hingga kesemua bahan larut.
- Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Tutup api.
- Tuang susu segar berperisa coklat dan tapis. Tambahkan cincangan buah pic.
- Tuang adunan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan beberapa jam.
- Keluarkan dari acuan dan hiaskan mengikut citarasa.