Ringkas tapi kaya dengan rasa. Itulah yang di rasa tatkala masakan yang dicuba penulis ini masuk ke mulut. Apakan tidak, di sebalik hidangan kelihatan ringkas ini, ia langsung tidak kurang dengan rasa. Malah, boleh dikatakan rasanya lebih hebat berbanding dengan menu ditawarkan hotel atau restoran mewah lain.
Namun begitu, Super Kitchen (SK) dimiliki sepenuhnya oleh Touch Menu Sdn Bhd yang menyediakan aneka makanan serta minuman hampir 200 jenis dan menawarkan harga berpatutan kepada setiap pengunjung restoran berkenaan.
Menurut penyelianya, Sheikh Kamarul Azni berkata SK berkonsepkan SHOCODINE (shop-cook-dine) yang sesuai untuk keluarga. Mengetengahkan menu stimbot, bbq, masakan panas, bentobox, claypot dan pelbagai lagi.
‘Di SK terdapat lima orang chef yang terdiri dari sous chef, western chef, production chef dan diketuai oleh Cef Bukhari yang pengalaman luas dalam bidang kulinari.
“Untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 3.30 petang SK menyediakan set ‘bentobox’ yang dijual pada harga RM10 dan RM12.
“Bentobox ini merupakan set makanan dalam bekas khas untuk individu dan antara menunya ialah ikan bawal goreng rangup, kari kering udang dengan nenas, sambal udang dengan petai, ayam masak merah, ayam harissa, ayam cili kering, daging masak lemak cili api dan kari daging.
“Kami juga menawarkan set claypot iaitu hidangan untuk dua hingga empat orang yang dijual pada harga RM15 dan RM18. Menunya sama seperti set bentobox,” ujarnya yang turut mengakui SK dalam perancangan untuk membuka cawangan lain luar dari Kuantan.
Bagi yang mencari aneka kuih Melayu juga ada dijual di sini dari 3.30 hingga 5 petang yang dijual pada harga RM3 iaitu cempedak goreng, pisang goreng, keladi goreng, keledek goreng, jemput pisang, jemput udang, jemput bilis rangup dan lempeng pisang.
SK di buka setiap hari dari 1130 pagi hingga 11.30 malam. Keseluruhan restoran ini boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu-satu masa termasuk bahagian luar dan dalam. Sesuai untuk mereka yang mencari tempat tujuan majlis keraian ataupun makan malam korporat.
SUPER KITCHEN KUANTAN
Lorong IM 8/33 Taman Mahkota Putera
Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Tel: 09 5730862
Facebook: Super.Kitchen