JOM LEPAK SHAQHEL’S KITCHEN

Konsep kedai yang menarik, makanan yang sedap, chef yang peramah, suasana yang selesa dan harga berpatutan menjadikan pelanggan tiada alasan untuk tidak datang ke Shaqhel’s Kitchen. Elemen yang ada menjadikan restoran itu kini meniti di bibir kebanyakan orang terutama warga Semenyih.

 

Kecintaan pada dunia masakan membuatkan anak muda berwawasan tinggi, Nur Shakeerul Aimi Ramli membuka restoran sendiri tahun 2014. Bertindak sebagai pemilik pada masa yang sama juga sebagai chef menjadikan Shakeerul lebih ‘kenal’ restorannya berbanding orang lain. Pengalamannya yang bekerja di beberapa buah hotel sebelum ini menjadikan dia lebih matang dan berpengalaman dalam mengendalikan makanan.

Shakeerul sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan dari pelanggan.

Bagi pelanggan baru yang ingin mencuba, SAJI cadangkan order Pasta Cili Padi dan Mee Bandung Muar kerana dua hidangan ini merupakan menu ‘killer’ di situ.

Paling best, portion makanan kat sini semua besar-besar tapi harga biasa-biasa. Bagi yang teringin makan di hotel tapi ada kekangan kewangan, boleh cuba rasa di sini kerana ianya tidak jauh beza, tambahan pula dimasak Shakeerul dengan gaya hotel juga pembahagian makan (sayur/nasi/lauk etc) yang betul. Yang penting pelanggan makan kenyang dan sihat.

Santai tapi unik.
Konsep kedai santai moden klassik memberi keselesaan berganda buat pelanggan.
Banyak ruang yang cantik memberi idea kepada pelanggan untuk bergambar kenangan.

Istimewanya juga Shakeerul kerana beliau menyediakan dan memasak sendiri kesemua sos bagi masakan western yang dijual di kedainya.

Chicken Maryland di Shaqhel’s kitchen juga sedap…
Restorannya menjadi sasaran mereka yang berkeluarga dan juga pelajar.