BAHAN :

200 gram pucuk daun melinjau muda

1 cawan isi kerang

400ml santan

Garam

 

BAHAN TUMBUK KASAR :

2 ulas bawang putih

3 tangkai bawang merah

7 tangkai cili padi

 

CARA :

  1. Masukkan santan, kerang dan bahan tumbuk kasar ke dalam periuk.
  2. Jerang di atas api dapur sederhana panas. Kacau sekali-sekala.
  3. Apabila santan mula mendidih, masukkan daun melinau.
  4. Masak sehingga daun berubah warna dan menjadi lembut. Kacau kuahnya supaya tidak pecah santan.
  5. Perasakan dengan garam