SUP TULANG MAT PERIUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging kambing bertulang
  • 2 liter air
  • 2 labu bawang besar – belah empat
  • 1 batang saderi
  • 1 batang lobak merah
  • 5 cm halia – ketuk
  • 2 batang serai – titik
  • 1 sudu besar rempah kasar (kulit kayu manis , buah pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • Secukup rasa garam dan lada hitam

 

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Didalam periuk besar, masukkan daging, air, bawang besar, lobak merah, batang saderi dan halia. Rebus sehingga daging kambing empuk.
  2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan serai.
  3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan pes serbuk kurma, serbuk ketumbar dan serbuk garam masala. Biarkan rempah masak.
  5. Selepas itu, masukkan semua bahan yang ditumis ini kedalam periuk yang berisi daging kambing tadi. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan