BAHAN-BAHAN
- 1 2/3 cawan gula
- ¾ cawan mentega
- 2 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1 1/3 cawan tepung gandum pelbagai guna
- 2/3 cawan serbuk koko
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- ¼ sudu kecil garam
- ¾ cawan kacang campuran
CARA MENYEDIAKAN
- Mula-mula panaskan ketuhar sehingga suhu 180°C.
- Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Satukan mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau sebati.
- Masukkan campuran kacang dan kacau.
- Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 25 minit. Sejukkan di atas rak dawai sebelum dipotong.