BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo daging kambing
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar rempah kasar – kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, dan bunga lawang
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam masalla
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 cawan yogurt
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 6 tangkai cili hijau
  • 2 biji tomato
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Mula-mula perapkan kambing bersama serbuk ketumbar, serbuk cili, garam masalla, daun kari, serbuk jintan dan serbuk jintan putih selama 2 jam.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar dan daun kari.
  3. Kemudian masukkan kambing kedalam kuali dan biarkan dengan api perlahan sehingga daging agak kering.
  4. Masukkan yogurt, daun ketumbar dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato.