BRIYANI SAYURAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 ½ cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar rempah beriani
  • 1 kiub stok ayam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar 4 sekawan – Kulit kayu manis , buah pelaga, cengkih, bunga lawang
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil pewarna oren – bancuh dengan 2 sudu air
  • 2 cawan bunga kubis
  • 1 cawan terung
  • Garam secukup rasa

 

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Goreng bunga kubis dan terung yang dipotong kecil hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan periuk, masukan mentega dan minyak sapi, biarkan sehingga cair. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis , buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.

3. Tumis pula rempah beriani hingga masak.

4. Masukkan air, susu cair, susu pekat, daun pandan, serbuk kunyit dan kiub stok ayam. Perasakan dengan garam. Biarkan menggelegak seketika.

5. Masukkan beras dan pindahkan kedalam periuk nasi.

6. Apabila nasi tiga suku  masak, renjiskan bancuhan pewarna oren atas permukaan nasi dan tutup semula hingga masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan