DALCA TULANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 1 kilo tulang rawan
  • 1 labu bawang besar
  • 3 cm halia
  • 5 liter air

 

BAHAN B

  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar 4 sekawan – kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 100 gm kacang dal – rebus empuk
  • 1 cawan santan
  • 300 gm kacang panjang
  • 300 gm lobak merah
  • 300 gm bunga kubis
  • 2 biji tomato
  • 2 tangkai cili hijau
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Mula-mula rebus tulang bersama halia dan bawang besar sehingga empuk.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan pula serbuk kari dan sedikit air. Biarkan sehingga rempah masak.
  4. Kemudian masukkan tulang bersama dengan air rebusan.
  5. Masukkan pula kacang dal bersama kacang panjang, lobak merah dan bunga kubis.
  6. Tuangkan santan dan perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan