DAGING HITAM MAT PERIUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 1 kg daging batang pinang
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 cm halia – ketuk
  • 1 labu bawang besar – belah 4
  • 1 ½ liter air

 

BAHAN B

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, dan bunga lawang)
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1 labu bawang besar – hiris

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Rebus daging bersama sup bunjut, halia dan bawang besar sehingga empuk. Tinggalkan sedikit airnya.
  2. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar.
  3. Kemudian masukkan cili boh dan pes tomato, biarkan sehingga cili betul-betul masak.
  4. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Masukkan sedikit air.
  5. Masukan kicap pekat dan kicap lemak manis, garam dan gula.
  6. Masukkan daging tadi bersama air stoknya. Biarkan sehingga sebati dan sedikit kering.
  7. Akhir sekali masukkan cili hijau dan bawang besar.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan