AYAM VANGGAE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 500 gm ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN B

  • 2 batang serai – ketuk
  • I sudu besar rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, dan bunga lawang)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 ½ sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar cili boh
  • 3 cm belacan
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil kicap lemak masin
  • ½ cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak

 

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam masak. Angkat dan toskan minyak.
  2. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumis bahan kisa, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kasar dan daun kari.
  4. Kemudian, masukkan pula cili boh dan biarkan sehingga cili masak.
  5. Selepas itu masukkan serbuk kari dan kicap. Tuangkan sedikit air supaya rempah tidak hangit.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan susu cair dan perlahankan api.Akhir sekali masukkan ayam.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan