AYAM GORENG MASAK TANJONG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil pewarna merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Mula-mula sediakan bahan perapan. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan daun kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, pewarna merah dan garam. Gaul sebati.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan dengan semua bahan perapan tadi. Perapkan untuk beberapa jam. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan