ACAR BUAH MAK MAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 sudu besar bijan – sangai
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa
  • 6 ulas bawang putih – belah 2
  • 6 ulas bawang merah – belah 2
  • 6 tangkai cili api
  • 500 gm buah – buah kering campuran: Prun, aprikot , kismis hitam/kuning, limau jeruk, buah pala dan kurma.

 

Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama biji sawi.
  2. Kemudian masukkan cili kering kisar dan serbuk kari ikan. Biarkan sehingga cili dan rempah masak.
  3. Selepas itu masukkan gula dan cuka.
  4. Masukkan semua buah-buahan kering diikuti dengan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Masak selama 25 minit.
  5. Akhir sekali masukkan bijan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan