COOKIES BAR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

  • 2 ¾ cawan tepung gandum – ayak
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 biji telur
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 cawan kacang hazel – cincang
  • 1 cawan cip coklat
  • 2/3 cawan mentega
  • 2 ¼ gula perang

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar sehingga 180 C.
  2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
  3. Cairkan mentega dan tambahkan gula perang, biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan telur dan pukul hingga sebati satu demi satu hingga habis.
  5. Tambahkan tepung dan gaul sebati. Masukkan kacang hazel dan cip coklat.
  6. Lapik dulang pembakar 10 x 15 inci dengan kertas surih, letakkan bancuhan di atas dan tekan nipis sekata.
  7. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dan sejukkan di atas rak. Potong  menjadi jejari.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan