BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik – dicuci dan dilayur di atas api sebentar
6 ulas bawang merah besar
1 labu bawang putih
2 batang serai – kisar halus
1 cm lengkuas
3 sudu besar cili kering
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga – goreng tanpa minyak dan dikisar halus
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
½ kg santan pekat
1 cm  halia
Garam secukup rasa
Gula Melaka – ikut cita rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MENYEDIAKAN:
- Itik diperap dengan garam dan halia.
- Tumis sedikit bawang merah yang di mayang bersama cili kering kisar. Kacau sebentar dan diangkat.
- Gaul semua bahan kisar dan dilumur pada itik. Itik dibakar secara perlahan sehingga masak. Ulang proses melumur bahan kisar pada itik beberapa kali dan dibakar.
- Santan pekat bersama baki bahan yang dilumur tadi dimasak perlahan di atas api. Biarkan mendidih sekejap sahaja. Tutup api dan dibiarkan sejuk.
- Akhir sekali, santan pekat tadi disiram pada itik dan dibakar sekejap.