BAHAN A:
½ kg beras pulut – rendam dan tos
Sedikit santan
Sedikit garam
1 helai daun pandan
BAHAN B:
8 keping gula Melaka – dicairkan di atas api dengan sedikit air dan disejukkan
2 helai daun pandan
3 biji telur
Sedikit esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
- Kukus beras pulut. Apabila hampir masak, gaul sebati bersama campuran santan dan garam sehingga rata. Pulut nampak lebih berkilat. Kemudian, kukus pulut sehingga masak.
- Ramas telur dan daun pandan bersama air gula Melaka. Pukul sekejap dan tapis.
- Tuang adunan B ke atas beras pulut yang telah dimasak. Kukus sehingga masak.