BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
1 cawan gula
3 cawan air
3 biji telur
1 tin buah campuran
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa hirisan kek gulung
CARA MENYEDIAKAN:
- Bancuh tepung kastard dengan air.
- Masukkan susu cair, gula, telur dan esen vanila.
- Kacau perlahan di atas api sederhana.
- Apabila pekat, masukkan buah campuran. Kacau sekejap dan tutup api.
- Tuang adunan kastard ke atas acuan, letak hirisan kek gulung dan tuang lebihan adunan kastard. Sejukkan.