BAHAN PUDING ROTI:
Roti putih secukupnya
1 liter susu cair
1 cawan gula
4 biji telur
2 sudu besar mentega
1 sudu esen vanila
Secubit garam
Kismis dan sedikit badam cincang
SOS KASTARD:
1 cawan susu cair
2 cawan air
½ cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk menyediakan puding roti, pukul telur dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan susu, esen vanila dan garam.
- Masukkan roti yang telah dicarik-carik ke dalam adunan tadi. Rendam seketika.
- Sediakan loyang dan masukkan adunan. Tabur kismis dan badam di atasnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Letakkan loyang berisi adunan di dalam dulang yang berisi air. Bakar selama 1 jam pada suhu 180⁰C.
- Untuk menyediakan sos kastard, masak semua bahan di atas api sederhana sambil dikacau sehingga agak pekat. Matikan api.
- Sejukkan sos kastard dan hidangkan bersama puding roti tadi.