NASI DAGANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN NASI DAGANG:

1 kg beras nasi dagang

250 gm santan segera

10 ulas bawang merah – mayang

2 cm halia – mayang

3 sudu kecil halba

Sedikit garam dan gula

100 gm jagung

 

BAHAN SAMBAL:

2 ekor ikan dibakar tawar

150 gm kerisik

1 batang serai

5 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

¼ cm halia

Sedikit garam dan gula

 

GULAI IKAN TONGKOL:

2 kg ikan tongkol – direbus bersama asam gelugur dan garam

¾ kg santan segera

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih – kisar

10 tangkai cili kering

1 cm kunyit

1 cm lengkuas

3 keping asam gelugur

7 tangkai lada hijau

1 sudu besar rempah kari ikan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Untuk menyediakan nasi dagang, beras nasi dagang direndam selama 4 hingga 5 jam.
  2. Kukus beras nasi dagang sehingga masak.
  3. Masak santan bersama sedikit garam dan gula, kemudian sejukkan.
  4. Setelah nasi masak, angkat dan siramkan dengan air. Kukus semula nasi selama 20 minit.
  5. Siramkan dengan santan yang telah dimasak sebentar tadi.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang merah, halia, halba dan jagung. Gaul sekata.
  7. Untuk menyediakan sambal, serai, bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Masukkan sedikit garam dan gula.
  8. Masukkan isi ikan yang telah diasingkan dari tulang.
  9. Akhir sekali, gaul semua bahan dengan kerisik.
  10. Untuk menyediakan gulai ikan tongkol, bahan kisar ditumis dan kemudian dimasukkan rempah kari.
  11. Masukan santan, asam gelugur, gula dan garam.
  12. Apabila kuah agak pekat, masukkan ikan tongkol yang telah direbus. Akhir sekali, masukkan cili hijau.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan