SUP PASTA VERMICELLI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

150 gm pasta vermicelli atau apa-apa jenis pasta (rebus)

1 ulas bawang putih

½ labubawang besar

30 gm lobak merah – potong dadu

30 gm saderi – potong dadu

50 gm ayam cincang

1 sudu besar tepung jagung

1 biji telur

250 ml air

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan air dan biar hingga mendidih.
  3. Masukkan lobak merah dan saderi. Pecah telur ke dalam sup dan kemudian masukkan campuran tepung jagung dan air. Kacau hingga pekat.
  4. Tuang ke dalam mangkuk yang berisi pasta vermicelli.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan