BAHAN-BAHAN
2 biji cendawan portobello
100 gm udang
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
1 sudu besar mentega
Lada sulah
Lada hitam
Kicap cair
½ labu bawang besar – potong dadu
1 ulas bawang putih – potong kecil
Keju mozarela
BAHAN-BAHAN
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan udang dan gaul rata.
- kemudian masukkan daun ketumbar, kicap cair, lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
- Buang batang cendawan dan sapu cendawan dengan mentega. Masukkan inti udang tadi dan taburkan keju mozarela .
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit.
SPAGETI BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN
100 gm spageti (rebus)
BAHAN SOS
300 gm daging kisar
1 tin cendawan butang – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
5 ulas bawang putih – cincang halus
4 sudu besar tomato puri
3 sudu kecil pati tomato
2 sudu sos cili
Sedikit lada hitam & herba campuran
Gula secukup rasa
Garam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN
- Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan daging dan gaul rata.
- Bila daging empuk masukkan pati tomato, tomato puri, sos cili, herba campuran dan lada hitam.
- Masak hingga sebati kemudian masukkan cendawan butang.