BAHAN-BAHAN
8 keping lasagna – rebus
Sos Daging
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil pati tomato
2 sudu sos cili
sedikit lada hitam & halba campuran
Gula & garam secukupnya
Sos Putih – bachamel
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
250 gm heavy cream
300 gm keju cheedar – potong dadu
Sedikit lada sulah & garam
Cara menyediakan
- Penyediaan sos daging: Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan daging dan gaul rata
- Bila daging empuk masukkan pati tomato, tomato puri, sos cili, halba campuran dan lada hitam.
- Masak hingga sebati kemudian masukkan cendawan butang.
- Penyediaan sos putih: Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung atas api sederhana.
- Bila tepung dan mentega dah sebati masukkan krim & kacau atas api sederhana sampai pekat. Masukkan garam dan lada sulah.
- Masukkan keju dan tutup api.
- Cara menyusun dan menyediakan lasagna: Susun lasagna kemudian tuangkan sos daging dan kemudian sos putih.
- Tabur keju cheddar. Ulang sampai penuh mangkuk diakhiri taburan keju di atas sekali.
- Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit.
- Pastikan lasagna sejuk supaya senang untuk dipotong.