BAHAN-BAHAN
2 biji buah pear
1 batang kulit kayu manis
¼ sudu kecil serbuk buah pala
50 ml pati sirap
150 gm gula
250 ml air
Aiskrim vanila
CARA MENYEDIAKAN
- Masukkan air, pati sirap, gula, serbuk buah pala dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan biarkan didih
- Buang kulit buah pir
- Masukkan buah pir ke dalam periuk tadi dan reneh selama 25 minit.
- Angkat dan tos, hidangkan bersama aiskrim vanila di dalam buah pir.