SUP MADURA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

400 gm ayam

1 ½ sudu besar rempah sup

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

2 bij ubi kentang

1 sudu besar santan pekat

800 ml air rebusan daging atau air kosong

Daun sup dan daun bawang

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Didihkan air dalam periuk , masukkan bawang putih, bawang merah dan ayam. Biarkan seketika.
  2. Masukkan rempah sup kacau perlahan  sehingga rempah sebati. Biar mendidih  sehingga ayam telah masak, akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau.
  3. Hiaskan sup  ini dengan daun bawang dan sup.

TIP CHEF : Sup ayam Madura ini juga boleh digunakan untuk membuat soto Madura ( nasi impit ) juga sesuai dimakan dengan nasi putih dan cili kicap.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan