BAHAN-BAHAN
½ ekorayam – potong kecil
Sedikit lada sulah
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar tepung jagung
Brokoli – celur
Cili benggala merah – potong serong
3 cm halia – hiris
BAHAN SOS
5 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu besar marmite
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis ABC
Air
Garam secukup rasa
Minyak
CARA MENYEDIAKAN
- Gaul ayam bersama garam, lada sulah dan kicap pekat. Bila dah siap celupkan ayam dalam tepung jagung dan goreng ayam tadi separuh masak.Ketepikan.
- Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos, kicap dan air. Biarkan mendidih. Masukkan ayam.
- Setelah ayam masak, masukkan brokoli, cili benggala merah dan halia.