BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam – potong kecil
3 sudu besar sos tiram
½ cawan air
1 sudu kecil tepung jagung – bancuh
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
1 batang daun sup
1 batang daun bawang
1 biji buah tomato – belah 4
½ batang lobak merah – potong kecil
Minyak
Garam & gula secukup rasa
BAHAN HIRIS
7 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga layu. Bila dah wangi masukkan ayam, lada hitam, sos tiram dan sedikit air.
- Masak ayam hingga lembut dan masukkan lobak. Kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat.
- Masukkan tomato dan daun bawang.