AYAM PALEMBANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

1 biji kelapa

1 sudu besar tomato puri

1 tin kacang pis

3 kuntum bunga cengkih

Kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Garam secukup rasa

 

BAHAN TUMBUK

1 batang serai

3 cm halia

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

5 tangkai cili merah

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Bersihkan ayam dan potong kepada empat bahagian. Goreng sehingga kuning keemasan.
  2. Tumis kesemua bahan tumbukhingga naik bau. Kemudian masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  3. Bila dah kekuningan, masukkan santan dan rasakan garamnya.
  4. Akhir sekali masukkan ayam. Bila ayam dah empuk, masukkan kacang pis. Hias dengan tomato dan daun bawang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan