AYAM MASTIKA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

8 biji tomato

½ tin susu cair

2 tin tomato puri

10 tangkai cili padi – hiris dan goreng

Minyak masak

Garam secukup rasa

Bawang goreng

3 biji tomato – belah 2

 

 

BAHAN KISAR

1 ½ sudu besar ketumbar

1 sudu besar lada putih

1 ½ sudu besar jintan putih

4 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

4 cm halia

10 tangkai cili hijau

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Ayam yang sudah dibersihkan, potong ikut cita rasa kita.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar . Masukkan tomato dan tomato puri, cili padi goreng. Kacau hingga masak dan kalau kuah terlalu pekat masukkan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan susu cair dan kecilkan api dan didihkan selama 10 minit.
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan garam. Masak hingga kuah menjadi tahi minyak dan baru taburkan bawang goreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan