BAHAN-BAHAN
250 gm ayam
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
BAHAN TUMIS
2 sudu besar mentega
1 tangkai cili merah – potong kecil
2 tangkai cili padi- potong kecil
2 tangkai daun kari segar
¼ cawan susu cair
¼ cawan air suam
1 sudu besar gula
Secubit pati ayam
Secubit garam
Lada sulah secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Perap ayam selama 1 jam bersama garam, gula dan serbuk kari.
- Selepas itu masukkan ayam dalam tepung dan biarkan ayam bersalut dengan tepung.
- Kemudian celupkan dalam telur dan goreng ayam hingga masak.
- Sementara itu, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis cili merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
- Tuangkan susu cair dan air diikuti bahan-bahan yang lain. Bila susu cair dah mendidih baru masukkan ayam dan masak hingga kuahnya pekat.