PAF AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

200 gm isi ayam – potong dadu

20 gm lobak merah – potong dadu

20 gm daun sup – potong halus

20 gm bawang besar – potong dadu

3 ulas bawang putih – cincang halus

Sedikit daun thyme

Sedikit oregano

20 ml krim masak

2 sudu besar tepung gandum

Garam secukup rasa

1 sudu besar mentega

1 sudu kecil lada hitam

100 gm filo pastri

1 sudu besar minyak zaitun

Sedikit stok ayam

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar, lobak merah, daun sup dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
  2. Kemudian masukkan daun thyme, oregano dan mentega serta tepung. Gaul rata.
  3. Biarkan selama 5 minit dan masukkan krim masak dan sedikit stok ayam.
  4. Kacau hingga pekat, masukkan lada hitam dan garam. Biarkan ia sejuk.
  5. Sapu fillo pastri dengan minyak zaitun dan lapiskan hingga menjadi 5 lapisan. Masukkan inti dan bentuk seperti wantan.
  6. Sapukan kuning telur sebelum dibakar pada suhu 200 C selama 15 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan