BAHAN-BAHAN
3 ketul ayam (bahagian dada atau kepak ayam)
5 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 cm halia – tumbuk halus
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk bahan perapan, ambil bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata dan sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam. Bila dah siap bakar ayam pada suhu 200 darjah selama 40 minit.
- Bila ayam dah masak sedia untuk dihidangkan.