BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
Garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
3 biji telur – pukul sedikit
Nestum secukupnya
Minyak
CARA MENYEDIAKAN
- Perap ayam bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
- Panaskan minyak dan kecilkan api. Ambil ayam yang telah siap diperap tadi dan golekkan dalam adunan tepung dan tepung jagung. Gaul rata dan kemudian celupkan dalam telur dan ratakan dengan nestum.
- Goreng hingga ayam kekuningan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.