BAHAN-BAHAN
45 ml minyak zaitun
15 ml cuka epal
1 ulas bawang putih – cincang
50 gm daun ketumbar
100 gm daun selasih
200 gm tomato ceri
100 gm daun bawang – hiris halus
400 gm dada ayam –potong kecil
10 gm lada hitam – tumbuk kasar
Garam secukup rasa
10 gm serbuk paprika
200 gm daun salad
1 biji cili benggala merah
300 gm labu
CARA MENYEDIAKAN
1.Untuk penyediaan sos… campurkan 30 ml minyak zaitun, cuka epal, bawang putih dan daun ketumbar. Gaul sebati dan asingkan.
2. Gaul semua bahan daun selasih, tomato ceri, daun bawang dan daun salad. Asingkan.
3. Perap ayam dengan minyak zaitun, serbuk paprika, lada hitam dan garam. Biarkan selama 10 minit.
4. Panggang ayam hingga masak dan berwarna kuning-kekuningan.
5. Gaul cili benggala bersama labu serta lada hitam, minyak zaitun dan garam. Panggang selama 3 minit.
6. Akhir sekali gaul kesemua bahan dan tuangkan sos di atasnya.