BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
2 batang serai -ketuk
3 biji ubi kentang
300 ml santan
700 ml air
1 keping gelugur
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN KISAR
2 sudu besar biji ketumbar -sangai
1 sudu kecil jintan manis -sangai
1 sudu kecil lada hitam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 ½ cm kunyit hidup
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan air, santan, bahan kisar, serai dan asam gelugur.Didihkan.
- Masukkan ayam yang telah dipotong, biarkan ia mendidih lagi.Kemudian masukkan pula ubi kentang yang telah dipotong dadu dan biar ia empuk.
- Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.