BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
200 gm nangka muda -rebus dahulu
6 ulas bawang merah -tumbuk
1 ½ cm kunyit hidup -tumbuk
300 ml santan
3 helai daun kaduk
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
2 cawan air
1 batang serai
Garam dan ula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Didihkan air bersama santan, bawang merah dan kunyit hidup serta serai. Gunakan api yang sederhana.
- Masukkan ayam, kacau perlahan. Masukkan daun kaduk dan daun kunyit, biar seketika. Kemudian masukkan nangka muda dan asam gelugur.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
TIP CHEF: Jika anda ingin kuah yang lebih boleh ditambah air, jika ingin kuah yang pekat sila renehkan dengan api kecil sehingga pekat. Akhir sekali baru masukkan garam dan gula.