BAHAN-BAHAN:
3 ekor ayam
1 kg bawang besar
3 cm halia ( dikisar )
100 gm lengkuas ( dikisar )
80 gm bawang putih ( dikisar )
8 batang serai ( dikisar )
3 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
5 sudu besar stok ayam serbuk
4 cawan cili giling ( dikisar )
4 cawan cili sos
1 kg santan
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan kesemua bahan-bahan diatas dalam satu periuk yang besar, gunakan api sederhana untuk memasak bahan-bahan ini sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan ayam, (potong ayam mengikut permintaan ) pastikan jangan sampai ayam terlebih masak, hanya perlukan separuh masak sahaja untuk ayam percik ini.
- Apabila ayam telah separuh masak, asingkanlah ayam untuk dibakar.
- Gunakan penyepit buluh atau lidi satay untuk menyepit atau mencucuk ayam setengah masak sebelum dibakar.
- Kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan ke atas ayam.