BAHAN

500 gm itik

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

3 kuntum bunga lawang

1 bungkus rempah bunjut

3 biji kentang

Sedikit lada sulah

Garam

1 tangkai daun ketumbar

 

CARA:

  1. Bersihkan itik dan rebus selama 4 minit untuk membuang lemak dan hanyir itik.Tuskan.
  2. Ketuk bawang putih dan tumbuk bawang merah. Tumis sampai wangi dan masukkan air.
  3. Kemudian masukkan itik,bunga lawang, ketumbar dan rempah bunjut.
  4. Masak selama 50 minit hingga empuk. Kemudian masukkan kentang.
  5. Akhir sekali letak lada sulah dan rasakan garam.