BAHAN
1 cawan kus kus
2 labu bawang besar – potong dadu
3 tangkai cili merah – potong dadu
3 tangkai cili hijau – potong dadu
2 tangkai parsli – cincang
2 sudu besar jus oren
2 cawan air
BAHAN B
600 isi ayam – potong dadu
5 ulas bawang putih – potong kiub
2 ulas bawang besar – potong kiub
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 biji tomato – dadu
5 biji buah zaitun hitam
Garam
Minyak
CARA
- Tuangkan dua cawan air mendidih dan tambahkan jus oren. Tuangkan kus kus dan tutup bekas. Biarkan kus kus menyerap air dan kembang.
- Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Masukkan bawang, cili merah dan hijau.
- Setelah tumisan naik bau, tuangkan kus kus, dan taburkan garam serta parsli. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk sos : Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah.
- Tumis sehingga naik bau dan masukkan jintan manis, jintan putih dan tomato.
- Kemudian masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak. Masukkan garam. Boleh dituangkan sedikit air untuk mempercepatkan proses ayam masak.
- Akhir sekali, masukkan buah zaitun hitam.