Ancasa Hotel & Resorts Kuala Lumpur telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung dengan bertemakan ‘Kampung Boy’ bertepatan dengan kempen “stay, dine & win” yang sedang berlangsung sempena perlawanan World Cup 2018. Buffet ini bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018.

Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah rendang ayam pucuk maman, udang rangup iman madina, sotong sumbat sos pedas , kambing golek , ikan bakar, rebung masak lemak cili api dan macam-macam lagi. Selain itu, AnCasa Hotel & Spa, turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan pelbagai manisan.

Menurut Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitaliti,Shah Azam Khan,, pada tahun ini,Ancasa Hotel & Resorts masih lagi mengekalkan konsep gerai dan ‘livecooking’ di mana 12 gerai dihias bertemakan ‘Kampong Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘homely dining experience’ semasa berbuka puasa di sini.

Pembelian awal baucar sebelum 12 Mei berharga RM58. Selepas tarikh itu, RM68 seorang (dewasa) dan RM40 seorang(kanak-kanak).