SUP IKAN RINGKAS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

3 keping isi ikan

3 biji kentang – potong empat

Air secukupnya

 

BAHAN TUMIS

3 cm halia – hiris

3 ulas bawang merah – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

4 tangkai cili padi – belah

Sedikit minyak

 

BAHAN SOS

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos sotong/ikan

Garam secukup rasa

 

BAHAN A

Daun bawang

Daun sup

Jus limau ( jika suka sup masam)

 

CARA :

 

  1. Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bawang merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air dan reneh sehingga mendidih.
  3. Masukkan pula kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
  4. Masukkan isi ikan satu persatu ke dalam kuah sup dan setelah mendidih masukkan sos tiram, sos sotong/ikan, lada sulah dan garam.
  5. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
  6. Hidangkan dengan menabur daun bawang dan daun ketumbar.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan