CERMAI SEMAKIN PUPUS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Agak sukar untuk kita mencari pokok cermai kini. Ia seakan pupus, mungkin di sebabkan buah ini bukanlah penggunaan asas seharian kita. Maka masyarakat hari ini, tidak lagi memandang pokok cermai ini sesuatu yang bernilai. Tetapi tahukah anda, cermai mempunyai khasiat perubatan yang cukup baik. Biarpun rasanya masam dan kelat, ia sangat bagus jika diamalkan. Sekurang-kurangnya, amalan perubatan tradisional atau petua orang lama ini tidaklah dipinggirkan atau terus dilupakan. Jadikanlah, info ini sebagai maklumat tambahan kerana ia banyak kelebihan dan keistimewaannya.

Selain dimakan mentah, cermai juga enak dibuat kerabu dan jeruk.
  1. Cermai atau nama saintifiknya phyllanthus acidus, dibiak melalui biji benih, keratan batang dan tut.  Pokok cermai boleh mencapai ketinggian sehingga 50 kaki. Namun kebiasaannya, pokoknya tidak mempunyai dahan yang besar.
  2. Mempunyai vitamin A yang penting menghasilkan kolagen yang baik untuk kulit terutamanya muka dan melambatkan proses penuaan.
  3. Berbuah secara berjambak dan akan bertukar dari warna hijau ke warna kuning setelah masak. Jika sudah ranum, ia akan gugur dengan sendiri.
  4. Mengurangkan kadar kolesterol jika diamalkan minum air rebusan cermai secara konsisten.
  5. Amalan minum air rebusan cermai, boleh menurunkan tekanan darah dan mempunyai antioksida yang tinggi untuk melawan radikal bebas serta melindungi sel-sel tubuh yang sihat.
  6. Jus cermai boleh mengubati sakit tekak, batuk dan melangsingkan badan. Tetapi perlulah mengamalkan pengambilannya secara berdisplin.
  7. Daun cermai ditumbuk lumat dan tepekkan pada jerawat ia akan hilang.
  8. Bagi menurunkan panas dalam badan, minumlah rebusan daun cermai yang dicampurkan dengan sedikit gula batu.
  9. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya mudah,  kisar daun cermai dengan kunyit hidup. Gaulkan dengan daun semambu, sapukan atau kebaskan pada badan pesakit. Rasa miang campak akan berkurangan.
  10. Bagi mereka yang ingin membuang parut akibat demam campak atau parut luka. Sapukan daun cermai yang telah ditumbuk lumat dengan sedikit beras dan kapur sirih. Tampal atau sapukan pada kesan parut. Lakukan sehingga parut hilang.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan