Ramai yang beranggapan nak diet mesti makan salad. Tapi betul ke? Makan salad tapi tidak kurus-kurus juga. Sebenarnya ramai antara kita salah memilih salad sebagai bahan untuk turunkan badan.

Tidak salah memilih salad sebagai bahan untuk menurunkan berat badan. Sebab sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang berzat dan rendah kalori. Tambahan pula kalau sayuran dan buah-buahan itu masih lagi dalam keadaan segar, bermakna lagi banyak zat yang anda peroleh. Asalkan sayuran dan buah-buahan itu tidak hilang zat akibat proses memasak, anda boleh letak apa sahaja sayuran dan buah-buahan yang anda suka.

Begitu pun ramai antara kita yang tidak mengetahui cara menyediakan hidangan salad yang sempurna. Berikut kami kongsi kan.

1.  Memilih sayur.  Komponen paling penting dalam sesuatu hidangan salad pastinya terletak pada sayur yang digunakan. Di Malaysia, ramai yang memilih tertumpu untuk menggunakan sayur salad ke dalam mangkuk salad. Sebenarnya banyak lagi sayuran hijau yang boleh digunakan. Seperti kubis, bayam, sawi, sawi putih dan kubis.

 

2. Elemen rangup.  Tidak lengkap hidangan semangkuk salad tanpa kombinasi elemen rangup. Untuk itu, antara yang dicadangkan untuk anda termasuklah lobak merah, tauge, timun, epal dan zuchini. Boleh juga di campurkan bersama serbuk roti dan kekacang seperti badam, kuaci dan kacang pistachio untuk rasa yang lebih mengujakan.
3. Bahan istimewa.  Seperti kanak-kanak yang hanya teruja menikmati makanan disusun unik dan istimewa, begitulah juga mereka yang sedang fokus untuk berdiet. Untuk memberi suntikan ceria dan istimewa salad anda, boleh juga tambahkan bahan kegemaran anda di dalamnya. Antara yang popular seperti tembikai, avokado, buah zaitun, keledek dan tomato. Namun pastikan bahan-bahan ini hanya dimasukkan sedikit agar tidak mengganggu khasiat hidangan salad.
4. Protein. Bagi mengimbangkan khasiat serat sayur, hidangan salad anda perlulah disajikan bersama bahan berasaskan protein. Ini termasuklah telur, tuna, kacang panggang merah, ayam dan juga daging. Untuk kesemua elemen ini, terpulang kepada anda untuk memanggang ataupun merebus sebelum digaul bersama salad.
5. Sos. Akhir sekali, anda perlukan penambah perasa kepada hidangan salad sempurna. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik. Namun kami cadangkan agar cuba keenakan salad bersama sentuhan jus buah-buahan seperti oren, lemon, raspberi ataupun strawberi untuk menikmati berganda. Selain itu, boleh juga digaulkan bersama larutan cuka dan lemon, mahupun sos kastard. Tidak ketinggalan mungkin anda boleh kombinasi kan larutan cuka yang dimasak bersama bawang putih kisar untuk rasa autentik Melayu.
Nor Ezanawaty Salim

Nor Ezanawaty Salim

More Posts