RASAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

4 cawan air

1 cawan air asam Jawa

1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam dan gula

 

BAHAN A

5 ulas bawang putih – ketuk

2 sudu besar jintan manis – tumbuk kasar

 

BAHAN B

1 ulas bawang merah – hiris

6 tangkai cili kering

1 biji tomato – potong baji

1 tangkai daun kari

3 sudu besar minyak masak

 

CARA :

 

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan A dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan B dan kacau hingga semua sebati dan naik bau.
  3. Masukkan air, air asam jawa dan serbuk lada hitam.
  4. Tambahkan juga serbuk kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  5. Renihkan rasam hingga masak dan hidangkan panas dengan nasi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan