BAHAN-BAHAN

3 ulas bawang merah – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

3 cm  halia – ketuk

1 bungkus sup bunjut

Sebungkus bebola daging segera

1 liter air

1 kiub pati daging

1 batang lobak merah saiz sederhana

2 biji kentang

Garam secukup rasa

 

CARA :

 

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air dan sup bunjut, kacau hingga mesra.
  3. Seterusnya masukkan bebola daging, lobak merah dan kentang.
  4. Renihkan hingga mendidih dan masukkan kiub daging.
  5. Suaikan rasa dan hidangkan dengan menabur daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng.