HIDANGAN : 4 Orang
MASA MEMASAK : 15 minit
BAHAN
200 gm cendawan shiitake – hiris nipis
1 labu bawang besar – potong dadu
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 kiub stok ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak
CARA
- Tumis bawang putih dan bawang besar dalam periuk sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cendawan shitake dan kacau sehingga cendawan lembut sedikit.
- Masukkan air, stok ayam, tepung jagung dan mentega. Kacau sebati.
- Angkat dan masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
- Masukkan semula ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kacau sebati.