HIDANGAN : 2 Orang
MASA MASAK : 15 Minit
BAHAN
400 gm kepak ayam
3 sudu besar sos bbq
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar lada hitam – kisar kasar
6 sudu besar minyak
CARA
- Gaul rata kepak ayam dengan sos bbq, mayonis, gula perang dan lada hitam.
- Dengan api sederhana, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam.
- Tutup kuali dengan penutup dan terbalikkan ayam selang beberapa minit agar ayam tidak hangus.
- Masak ayam sehingga keperangan atau masak.